Sunday 29 May 2011

INIKAH SIKAP SEBENAR PEMIMPIN UMNO ?

Kebelakangan ini pertimbangan dan perhatian rakyat marhain tentang sikap orang parti. Baru-baru ni, sibuk orang UMNO mengadakan Mesyuarat Agung Tahun 2011. Dengarnya mesyuarat dijalankan secara kelompok. Banyak jugalah kedengaran suara sumbang dari ahli parti UMNO yang tidak berpuas hati kerana terpaksa berjalan jauh ke tempat mesyuarat. Dengarnya Ketua Cawangan diberi wang untuk memunggah ahli ketempat mesyuarat. Namun dengarlah jugak tentang Ketua Cawangan yang sengkek, yang sentiasa mencari habuan dan yang sentiasa membodek untuk kepentingan peribadi tak menggunakan duit peruntukan dengan telus.Pasal dah memang tabiat begitu. Lagipun kepimpinan Bahagian tak nak persoal, kan nanti sampai masa bertanding jawatan Bahagian, tak dapat sokongan Ketua Cawangan, masalah la jugak. Cerita dipetik dari percakapan orang UMNO kat sebuah warong di hadapan Masjid Kg. Sireh. Katanya lagi, Ketua Bahagian yang rasmikan mesyuarat, walaupun ada cawangan yang tak cukup ahli mesyuarat.Tak kesah la. Ketua Bahagian dengarnya Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib, Perdana Menteri merangkap Presiden Parti, tentu tak jadi hal jika hanya masalah tak cukup ahli mesyuarat. Cuma rakyat marhain terfikir, apakah patut perkara seperti itu berlaku dalam sebuah parti yang sepatutnya membina kekuatan bagi menentang parti PAS dalam pilihanraya? Pelik jugak, kan politik adalah untuk mengumpul sokongan? Atau memang Pemimpin UMNO ini tak nak menangkan UMNO pada pilihanraya nanti seperti yang pernah rakyat marhain dengar? Sikap berpuas hati dengan jawatan yang disandang, walaupun kalah pilihanraya namun peruntukan dari Kerajaan Pusat mencurah-curah masuk melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan dan dengarnya, sesetengah projek perlu melalui UMNO Bahagian. Jadi apapun keputusanpilihanraya, Menteri dan Kementerian akan tetap layan permintaan UMNO Bahagian. Jika macam tu, maka rakyat marhain yang menyokong UMNO kat akar umbi bagaimana pula? Dikerah tenaga, dibawa berkursus dan diarah melaksanakan tanggungjawab kepada parti. Namun gerak kerja yang sepatutnya dilaksana oleh pemimpin UMNO tidak dilaksanakan dengan baik.        

Friday 20 May 2011

MUNGKINKAH HARGA RON95 MELONJAK NAIK???

Bapak Menteri sudah membuat kenyataan, penyelarasan harga akan berlaku bulan hadapan.Ianya disebabkan peningkatan mendadak harga dipasaran dunia. Namun katanya, sebarang keputusan akan mengambil kira kemampuan rakyat dan tidak akan menghimpit perbelanjaan rakyat.
Tentang peningkatan harga dipasaran dunia, bukankah kita negara pengeluar? Ibarat kita ada dusun buah, jika jualan buah dipasar meningkat mendadak, apa kita nak herankan, kan kita ada dusun sendiri. Itulah perkara yang difahami oleh rakyat marhain. Tapi entahlah, apa kaedah sebenar hal minyak ni.
Namun apapun keputusan dan alasan yang akan dibuat oleh kerajaan bulan depan, rakyat marhain telah bercerita dimana saja. Cerita rakyat marhain, minyak naik barangpun akan naik, itu sinonim dengan sebarang kenaikan yang diumumkan kerajaan. Peniaga tetap akan meningkatkan harga barang lain, alasan kos pengangkutan naik. Kenapa kos pengangkutan naik? pasal harga minyak naik...ibarat lagu Bangau oh Bangau la....

Kerajaan oh Kerajaan, kenapa minyak naik
macamana minyak tak naik, harga dunia naik
dunia oh dunia, kenapa harga naik
macamana harga tak naik, pengeluar naik harga
pengeluar oh pengeluar, kenapa naik harga
macamana tak naik harga, kos kerja naik
kerja oh kerja, kenapa kos naik
macamana kos tak naik, pekerja nak gaji naik
pekerja oh pekerja, kenapa nak gaji naik
macamana tak nak gaji naik,harga barang sudah naik
barang oh barang, kenapa harga naik
macamana harga tak naik, minyak sudah naik
minyak oh minyak, kenapa sudah naik
macamana tidak naik, kerajaan selaras harga
kerajaan oh kerajaan kenapa selaras harga
macamana tak selaras harga, pasaran dunia naik
ha...ha....ha
SATU......kata Najib
MALAYSIA....jawab ramai-ramai
SELARAS SUBSIDI....kata PEMANDU
OK...OK...jawab ramai-ramai MENTERI KABINET
SATU.....kata Najib
UNDI.....jawab Rakyat
jawab rakyat marhain....TUNGGU PILIHANRAYA TAU LA NASIB KAMU...

Habis tu, camne ni....kita perah otak..perah tenaga...
Minyak akan naik juga......
Fikir rakyat marhain...TUNGGU MATI AJE LA.

Tuesday 17 May 2011

PATUTKAH HARGA MINYAK RON95 DINAIKKAN...

Ada terdengar minyak RON95 yang menjadi pilihan rakyat marhain disegenap stesen minyak juga diseluruh pelusuk negara akan naik. Kenaikan yang akan mencetuskan keluhan kerana kerajaan BN pernah berjanji untuk tidak menaikkan harga. Kenaikan harga RON97 nyata tidak banyak dipersoal oleh rakyat marhain. Tapi jika benar RON95 dinaikkan harga, nyata rakyat marhain akan persoal, berbicara dan mengeluh sakan. Kerana kebiasaan terjadi,setiap kenaikan harga minyak akan turut menaikkan harga keperluan barangan lain. YB Menteri dan pegawai tinggi kerajaan mungkin takkan terasa sangat beban kenaikkan. Mereka menggunakan kereta kerajaan, kenderaan pejabat kesana kemari. Minyak pula pakai buku log, bayaran tentunya pejabat yang biayai. Tapi bagi rakyat marhain, jika pun 10 sen kenaikkan harga, isi 10 liter dah bertambah RM1. Bagi YB Menteri dan Pegawai Tinggi dengan pelbagai kemudahan dari kerajaan serta ukuran gaji yang tinggi takkan terasa tingginya nilai RM1 tu. Bagi rakyat marhain, RM1 dah dapat bekalkan belanja sorang anak kesekolah sehari, dah terbayar teh O secawan dan dah selesai parking 1 jam. Oleh itu, kepada pembuat janji takkan menaikkan harga minyak serta pemikir dan penggubal dasar kerajaan berkaitan harga barang, pakat-pakat fikirlah. Jangan 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan terus jadi bahan cemuhan dan jenaka bagi rakyat marhain. Siapa untung siapa rugi akan menjadi persoalan, apapun rakyat marhain suka ingatkan. Undi sama satu je.