Tuesday, 17 May 2011
PATUTKAH HARGA MINYAK RON95 DINAIKKAN...
Ada terdengar minyak RON95 yang menjadi pilihan rakyat marhain disegenap stesen minyak juga diseluruh pelusuk negara akan naik. Kenaikan yang akan mencetuskan keluhan kerana kerajaan BN pernah berjanji untuk tidak menaikkan harga. Kenaikan harga RON97 nyata tidak banyak dipersoal oleh rakyat marhain. Tapi jika benar RON95 dinaikkan harga, nyata rakyat marhain akan persoal, berbicara dan mengeluh sakan. Kerana kebiasaan terjadi,setiap kenaikan harga minyak akan turut menaikkan harga keperluan barangan lain. YB Menteri dan pegawai tinggi kerajaan mungkin takkan terasa sangat beban kenaikkan. Mereka menggunakan kereta kerajaan, kenderaan pejabat kesana kemari. Minyak pula pakai buku log, bayaran tentunya pejabat yang biayai. Tapi bagi rakyat marhain, jika pun 10 sen kenaikkan harga, isi 10 liter dah bertambah RM1. Bagi YB Menteri dan Pegawai Tinggi dengan pelbagai kemudahan dari kerajaan serta ukuran gaji yang tinggi takkan terasa tingginya nilai RM1 tu. Bagi rakyat marhain, RM1 dah dapat bekalkan belanja sorang anak kesekolah sehari, dah terbayar teh O secawan dan dah selesai parking 1 jam. Oleh itu, kepada pembuat janji takkan menaikkan harga minyak serta pemikir dan penggubal dasar kerajaan berkaitan harga barang, pakat-pakat fikirlah. Jangan 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan terus jadi bahan cemuhan dan jenaka bagi rakyat marhain. Siapa untung siapa rugi akan menjadi persoalan, apapun rakyat marhain suka ingatkan. Undi sama satu je.
Subscribe to:
Comments (Atom)
